Barisan Para Sukarelawan
Barisan Para Sukarelawan

Barisan Para Sukarelawan

Barisan Para Sukarelawan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: , pinyin: Yìyǒngjūn Jìnxíngqǔ) adalah lagu kebangsaan Republik Rakyat China (termasuk Daerah Pentadbiran Khas Hong Kong sejak 1 Julai 1997 dan Daerah Pentadbiran Khas Makau sejak 20 Disember 1999).Seni katanya dikarang oleh Tian Han, penyajak dan penulis drama terkenal manakala muzik lagu ini digubah oleh Nie Er, seorang komposer muzik filem; lagu ini pertama kalinya ditampilkan dalam sebuah filem berjudul Fēngyún Érnǚ (風雲兒女 - "Anak-Anak Ribut"); filem ini mengisahkan mengenai seorang penyajak yang meninggalkan kehidupan mewahnya untuk menyertai pasukan penentang Jepun.Peruntukan merasmikan lagu ini sebagai lagu kebangsaan Republik Rakyat China ditetapkan dalam Pasal 136 Perlembagaan Republik Rakyat China pada 2004.